-->
skip to main | skip to sidebar

KISAH CINTA RAIQAL

  • Home
  • MACARONS
  • ORDER FORM
  • CONTACT US

My Account

View my complete profile

Rezza Fahmi

Rezza Fahmi
Owner

Amalina

Amalina
Personal Assistant

Friday, 12 April 2013

50 Fakta Mengenai Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu!


1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami.
24. Lelaki benci gay! Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka, tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya, termasuk anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.
49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pilihlah Pemimpin Yang Adil Dan Berakhlak Mulia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap negara di dunia ini mempunyai pemimpin masing-masing yang akan menjalankan pemerintahan dan menguruskan negara . Ada pemimpin yang di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan ada pemimpin yang dilantik berdasarkan keturunan seperti kerabat diraja melalui sistem monarki.

Dalam Islam pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat di tuntut dan semua yang terlibat dalam pemilihan akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT di akhirat nanti. Jika berlaku penyelewengan atau kezaliman maka bukan sahaja pemimpin yang melakukan kerosakan itu akan ditanya tetapi rakyat yang membuat pemilihan dan mandat juga akan ditanya dan disoal siasat hingga ke akar umbi kenapa tugas kepimpinan itu diberikan kepada mereka yang tidak jujur dan amanah..?

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT, iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha Adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat.

Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Berlawanan daripada sifat adil adalah zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang betul dan tepat. Allah SWT telah mengharamkan sifat dan perilaku zalim atas diri-Nya dan Dia juga mengharamkan diri hamba-hamba-Nya melakukan kezaliman. Perilaku adil akan menciptakan kesejahteraan untuk rakyat. Sebagaimana zalim akan mendatangkan bencana, musibah, dan malapetaka.

Dalam hadis qudsi-Nya Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Aku telah mangharamkan zalim itu atas diri-Ku, dan telah Aku jadikan zalim di antara kalian itu sesuatu yang diharamkan, kerana janganlah kalian saling berlaku zalim.''

Raslullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimi ." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mengapa doa pemimpin yang adil itu sangat mustajab di sisi Allah SWT? kerana di bahunya terletak berbagai pengharapan dan hajat hidup rakyat jelata.

Dikisahkan dalam sebuah riwayat yang mashur, ketika Saidina Umar bin Khattab r.a sedang bertugas sebagai khalifah, ketika itu Gubnur Mesir, Amr bin Ash r.a., mengadu tentang musim kemarau yang kering dan berpanjangan yang menimpa kaum muslimin di negeri itu. Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan rakyat sudah tidak mengalirkan air.

Khalifah Umar lalu memanggil Amr bin Ash untuk datang ke Madinah. Khalifah lalu berkata, "Wahai Amr bin Ash bawalah suratku ini lalu lemparkanlah ia ke Sungai Nil!" Isi surat itu berupa doa seorang khalifah yang adil.

Dalam surat itu, Umar yang dikenal sebagai pemimpin yang adil memanjatkan doa dan berinteraksi dengan Sungai Nil, katanya : "Wahai sungai, engkau adalah makhluk Allah yang diciptakan oleh-Nya untuk menolong hamba-Nya yang lain, jika engkau adalah makhluk ciptaan Allah bantulah hamba-hamba Allah dan mengalirlah engkau!" Sejak doa itu diucapkan, Sungai Nil tidak pernah lagi mengalami kekeringan sehingga kehari ini.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasalam) bersabda : "Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia
berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan
 kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
 7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemimpin yang adil adalah golongan yang pertama akan diberikan perlindungan Arasy oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti. Dalam sebuah riwayat juga disebutkan bahawa pemimpin yang adil kelak akan bersama para nabi dan rasul, syuhada, dan as-siddiqin (orang-orang yang membenarkan ajaran agama Islam) dan orang-orang soleh di dalam syurga.

Apa pula akibatnya jika seorang pemimpin melakukan khianat? Sesiapa sahaja yang diangkat oleh Allah untuk memimpin suatu urusan rakyatnya, kemudian ia meninggal dunia, di mana saat ia meninggal dunia ia sedang berkhianat kepada rakyatnya, maka tiada lain kecuali Allah SWT akan haramkan baginya untuk masuk syurga.

Ma'qil bin Yasar r.a berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditaklifkan (di amanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Islam jawatan dan kedudukan bukanlah semata-mata anugerah, tapi juga ianya adalah amanah yang harus dipertanggung jawabkan, bukan hanya di hadapan rakyat, tapi terutama di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak. Jika seseorang mendapatkan jawatan dan kedudukan bukan dengan cara yang hak (betul) , tapi dengan cara-cara batil, iaitu dengan menghalalkan segala cara, seperti politik wang dan memberi rasuah dengan segala macam bentuknya, dengan menyebar fitnah, dengan menggunakan cara-cara sihir dan sebagainya. Kemudian setelah ia menduduki jawatan dan kedudukan itu ia menipu, ingkar atas janji-janjinya, rasuah, dan zalim , maka jawatan dan kedudukan itu hanya akan menjadi kehinaan dan penyesalan di hari kiamat, dan ia akan diharamkan masuk syurga.

Dari Abu Zar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggung jawabnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Abu Zar ketika meminta jawatan, tidak di indahkan oleh Rasulullah SAW. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya jawatan itu adalah amanat, dan pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mendapatkan jawatan itu dengan cara yang hak ( atau ia orang yang paling berhak ) dan ia menunaikan tugas dan kewajiban yang ada pada jawatan itu ( termasuk memenuhi janji-janjinya ) “ (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba yang oleh Allah dipercaya untuk memimpin sebuah umat, lantas ia mati, dan ketika memimpin ia menipu (zalim ) terhadap rakyatnya, pasti Allah mengharamkan baginya masuk syurga . “ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hisyam bin Urwah meriwayatkan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa pemimpin itu ada yang baik, ( takwa, jujur, adil , cerdas dan berakhlak mulia ) dengan segala macam kebaikannya, dan ada pemimpin yang buruk, ( jahat, zalim, dan rasuah ) dengan segala macam keburukannya. Pemimpin bertakwa akan selalu menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan zalim. Pemimpin yang jujur akan membina kan kepercayaan rakyat dan jauh dari mengambil rasuah dan mementingkan diri sendiri dan ahli keluarga.

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin yang adil akan melahirkan ketentraman bagi seluruh rakyat dan mendatangkan berkah dan rahmat Allah. Pemimpin yang cerdas dan berwawasan jauh boleh membawa rakyat ke arah yang lebih baik dan maju. Pemimpin yang berakhlak mulia akan menjadi pautan rakyatnya, dan akan mendahulukan kepentingan rakyat dari pada kepentingan peribadi dan kumpulannya sahaja.

Bagaimana ia boleh berbuat adil, mampu menegakkan keadilan (hukum), memberantas rasuah dan penyelewengan kerana ia naik menjadi pemimpin dahulunya kerana memberi rasuah atau disokong oleh pengikut-pengikutnya yang hanya mempunyai agenda tersendiri dan hanya mengejar pangkat dan kuasa. ? atau ia mendapatkan jawatan dan kuasa secara kotor dan menghalalkan cara.?

Bagaimana boleh kita mengharapkan dia boleh membela agama Allah sedangkan hidupnya tidak membawa akhlak Islam dan dengan jelas nampak kejahilannya memahami tuntutan agama yang di anutinya Pemimpin yang zalim, jahat dan rasuah hanya akan membawa kemurkaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, Rasulullah SAW. menyatakan bahawa keadaan pemimpinmu mencerminkan keadaan rakyat yang dipimpinnya. ( Kama Takunu Yuwalla ‘alaikum ).

Dalam kitab An-Nihayah menjelaskan bahawa jika rakyat beriman, beramal soleh, jujur, dan cerdas , maka yang akan tampil sebagai pemimpin mereka adalah orang yang punya peribadi seperti itu. Tapi jika rakyatnya terdiri dari orang-orang yang jahat, suka melakukan maksiat, suka membaut kerosakkan maka akan lahirlah pemimpin yang jahat seperti amalan rakyat tersebut.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi SAW pernah mengingatkan pula bahawa barang siapa yang memilih seseorang sebagai pemimpin hanya atas dasar taksub ( fanatik buta ) tanpa menjadikan petunjuk Alah SWT dan rasulNya sebagai contoh ikutan, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah kalian dalam menentukan pemimpin yang akan kalian pilih. Carilah pemimpin yang akan membuat perubahan dan pembangunan rohani dan jasmani. Janganlah cari pemimpin yang hanya memikirkan pembangunan kebendaan sahaja tanpa menjaga pembangunan akidah dan kerohanian. Pilihlah pemimpin yang akan mendekatkan diri kalian dengan ajaran Islam, sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan bukannya pemimpin yang hanya mementingkan kaum suku sakatnya sahaja.

Jika kalian tersilap membuat pemilihan dan perhitungan, risiko yang akan di terima cukup besar kerana ianya akan disoal dan di siasat secara teliti oleh Allah SWT di akhirat nanti. Berhati-hatilah supaya pemilihan kali ini di buat dengan gerak hati terdorong daripada cetusan iman dan takwa dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 3 April 2013

Tanda2 Hati Kotor

Assalamualaikum w.b.t..Adekah haty anda kotor??ha persoalan di situ ye...kita slalu pk dr kte ni 'perfect' sgt..tp pd hakikatnye xlh perfect mne pon..klu btl lh kte ni perfect...cukup ke solat 5 waktu???ni aq nk g tau tanda2 hati yang kotor..semoga kita dapat menginsafi dr bersama...


p/s: jgn lpe bersihkan haty anda sebelom terlambat...


Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

FINAL EXAM!!!!

Asslamualaikum w.b.t...berjunpa lg kita..hee....lapi(latop) aq ade problem sikit...sbb tu xleh nk berblog cm dlu..da msok bln 4 da..mcm2 yg jd antara aq nn rezza..aq nn mmbe2 aq..but everything da selesai da...so dont worry..ni nk dkt final exam da...tkt gk r..sbb bwu prepare sebanyak 60%..xbyk pon..hee..tp insyallah aq akn bt yg terbaik...aq akn usaha seboleh2...selebihnye bertawaqallah pd Allah..pe keputusan yg Dia bg..aq redha....heee...itu je kot...da abs idea ni ha....hee...
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

My Post

  • ►  2014 (11)
    • ►  March (9)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (70)
    • ►  December (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ▼  April (4)
      • 50 Fakta Mengenai Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu!
      • Pilihlah Pemimpin Yang Adil Dan Berakhlak Mulia
      • Tanda2 Hati Kotor
      • FINAL EXAM!!!!
    • ►  March (8)
    • ►  February (16)
    • ►  January (25)
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2011 (5)
    • ►  December (5)

Followers

 Silent Reader(s)