-->
skip to main | skip to sidebar

KISAH CINTA RAIQAL

  • Home
  • MACARONS
  • ORDER FORM
  • CONTACT US

My Account

View my complete profile

Rezza Fahmi

Rezza Fahmi
Owner

Amalina

Amalina
Personal Assistant

Tuesday, 19 March 2013

Allahuakhbar!!

asalamualaikom w.b.t....alhamdulillah berjumpa kte lg ye...amboi2..cm nk bg usrah lak..hee...aq byk cte nk habaq mai kt hampa ni..hmm Allah itu Maha Besar..pelbagai dugaan yg Die beri pd aq...aq xtau npe....sbb Allah syg kn aq kn..tp aq bersyukur sgt sbb ade owg yg still support aq dr belakang...aq doakn die di murhkn rezeki oleh Allah n syurgalh tmptnye..amin...betullah owg ckp..hidup ni cm roda..kdg2 kite di atas..kdg2 kita di bwh..kdg2 kita hapy..ade mse kita sedih..sume ini telh di atur oleh Allah kerana Allah nk kte ingt dkt die..ini x..dgn dunia semata2....lpe akhirt..astaghfirullahhalazim..ni aq bg peringtn pd dr aq gk sbnrnye....Ya Allah ape pon yg jd pd dr aq...aku mohon Kau kuatkan lh hati aq ni utk menempuhnya...assalamualaikom

Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 17 March 2013

SY SYG ALLAH SWT

assalamualaikom..alhamdlillah Allah bg aq kesempatan ag tok tulis blog ni..hee..lme update blog seh..wndu2....alhamdulillah aq dpt lalui hary2 yg sukar semenjak seminggu ni...biase lh...ini lh dugaan Allah..maybe ade hikmah semua ni..aq redha...setiap manusia tidak sempurna..hanye pencipta kita yg Maha Agung...ble aq dpt tau kwn aq bwu keilgn abg yg die syg..aq terpk n hiba...mengapa aq alpa dgn dunia...selama ni aq sentiasa bersama dgn dunia...aq alpa dgn ibadah ku,amaln aq...aq sebak..sedih...n aq bersyukur Allah bg aq peluang untuk berubh ke jalan Nya...Ya Allah kau buka kanlah hati ku ini untuk menerima hidayah Mu...Ya Allah aq mohon pertolongan dari Mu semoga aq tidak tergolong dalam gol. owg yg musyrik..masyallah...Kau jauhilah aq dr sifat hasad dengki,benci membenci...aq ingin ke syurga Mu Ya Allah..aq tkt sgt dengan neraka Mu...:(..Ya Allah Engkau kuatkanlh hati aq untuk berubah walaupon pelbagai dugaan n ujian yang Kau berikan pada ku..makbulkan doa hamba MU ini..Aimin Ya Rabbal Alamin.. jom lh kte renungkan sudah bayakkah amaln kita di dunia ni???sudah bersediakah kita untuk menjawab soalan mungkar nn nangkir nanti??adakah kebaikan kita sudah cukup untuk melayakkan kita ke syurga Allah...subhanallah...so marilah kita bersama-sma berdoa kepada Allah supaya kita dapt mnjadi gol yg soleh nn solehah....assalamualaikom...
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 9 March 2013

wahai kaum hawa...get up girls!!!!

assalamualaikom w.b.t...alhamdulillah start skt2 lme2 jd bukit kn..aq dlm proses perubahan..insyallah..ni aq nk kongsi nn kowg psl kaum hawa ni...aq pon kaum hawa..so nk jgk share pe yg ptt an...

Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.


Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan....
jadi ingt lh wahai kaum hawa....moh lh kte bersama2 berubh ke jln Allah..Insyallah..assalamualaikom
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kami kembali bersama

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,kami telah kembali bersama..Betul kata orang,kalau da jodoh walau ape pon yang terjadi kita akan tetap bersama dengan orang yang kita sayang tu..Saya minta maaf dengan apa yang terjadi semalam awak.Saya menyesal sangat tau..Alhamdulillah,lepas nie walau kita gaduh sebesar mane sekali pon jangan sesekali awak sebut perkataan 'PUTUS' ea.Walaupun mse tu awak tengah marah gila dengan saya jangan sesekali awak berkata begitu sebab saya taknak benda nie terjadi lagi awak..Pasal post yang semalam tu
saya rep dengan post yang ari nie..Lepas nie,saya yang akan bimbing awak untuk :

1. Jadi yang terbaik untuk mak ayah awak
2. Tinggalkan zaman jahiliyah kita
3. Jaga batas-batas dalam pergaulan kita
4. Tolong awak untuk berubah kearah yang lebih baik
5. Menjadi seorang anak yang solehah kepada mak ayah awak
6. Menjadi seorang wanita yang lemah lembut,penyabar,hormat orang tua & yang sewaktu dengannya
7. Menjadi bakal isteri yang mithali dan patuh kepada suami & bakal anak-anaknya
8. Saya juga akan ajar & suruh awak amalkan macam-macam ayat supaya hidup kita di dunia nie tak sia-sia
9. Awak kena kawal marah awak tu & yang penting sekali ego awak,awak kena buang tu sume
10. Saya nak awak jadi seorang wanita yang ade perasaan malu & tunduk apabila bertembung dengan lelaki yang tak awak kenali
11. Seorang wanita yang tahu batas-batas aurat
12. Seorang wanita yang takkan layan lelaki yang tak dikenalinya & yang cuma tahu nak kacau wanita je
13. Awak belajar setia pada yang satu
14. Awak lupakan sejarah-sejarah hitam awak
15. Awak jangan terlalu ikutkan perasaan sangat & jangan suka dengar cakap orang lain kerana orang lain tahu mengata kita je
16. Saya nak awak jaga tingkah laku awak & jaga suara awak kerana suara itu juga aurat awak
17. Saya nak awak jadi yang lebih baik dari yang sebelum-sebelum nie
18. Kalau awak tengah marah,perkara yang terbaik untuk tanganinya adalah awak amik wudu'.Insyaallah marah tu akan hilang
19. Sentiasa lebarkan senyuman kerana senyuman itu adalah satu sedekah
20. Saya nak awak ikut cakap saya selagi ia tak bertentangan dengan hukum islam dan agama kita

Saya akan jaga awak selagi saya hidup di dunia ini dan mempunyai kudrat yang membolehkan saya menjaga awak..Saya tak penah malu dengan apa yang saya buat selagi ianya tak bertentangan dengan hukum syarak.Biarlah orang lain nak kata ape sebab orang lain tak tahu ape yang kita rase,ape yang kita hadapi.Orang lain hanya tahu bercakap apa yang diorang nampak depan mata je,diorang tak nampak yang disebaliknya.Saya tak suka lelaki pandang-pandang awak sebab awak istimewa,awak simpan kecantikan awak tu untuk bakal suami awak nanti(insyaallah saya la orangnya),tak perlu untuk lelaki pandang-pandang awak.Satu pesan saya,jaga diri awak tu ye sayang..Fikir dahulu sebelum bertindak.Saya nak kita bahagia sekarang dan selepas da halal malah di akhirat nanti..Insyaallah


Saya harap lelaki yang diatas nie yang bernama Rezza Fahmi Bin Mohd Ashar yang diatas nie dapat menjaga awak dengan sebaik-baiknya.Bukan sekarang sahaja,malah lepas da halal nanti..Biarlah saya tak hensem & sekacak mana pon kerana orang yang kacak & hensem itu tak semestinya dia baik budi pekertinya..Saya hanya lah seorang manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.Jika ade kesalahan yang saya lakukan,harap dimaafkan.Insan ini lah yang sanggop berkorban ape saje untuk orang die sayang malah nyawa die sendiri die sanggop pertaruhkan.Insan ini jugalah yang lembut hatinya dan mudah mengalirkan air matanya jika hatinya tersentuh atau ada orang skitkan hati orang yang die sayang.Insan ini jugalah yang sentiase sabar melayan kerenah insan yang die sayang sebab bagi die kesabaran itu penting dalam sesuatu perhubungan.Saya harap awak dapat menerima insan ini seadenya.


Salam kasih & sayang dari saya,
 Rezza Fahmi b. Mohd Ashar 


Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 8 March 2013

its already over

assalamualaikom....hallo u alls....aq nn my syg da break....'kot'..haha..hmm tp mang aq terase nn pe yg die ckp nn aq...aq ni mang slalu bergantung pd dia...tp jgnlh wt aq smpai cm tu...ckp kt aq cm tu,,aq pon ade aty n perasaan...maap wk sbb sy tlh berlaku ksr nn wk..maybe utk mse ni kte kn bersama...xpelh...time ni lh aq punya masa n wktu utk perbaiki diri,istiqamah ke jln Allah..mang aq x nafikan aq still syg sgt kt die..ego aq mang tinggi..tp mesti ade hikmah kami jd cm ni..hanye Allah je yang tau...mang aq teramat sgt perlukan die utk support aq utk berubah ke jln Allah..tp da jd cm ni..xpelh..aq redhakan je...awk..sy tersgt mnx maap...andai kata sepnjg mse kte 'break'ni...klu wk jumpe someone yg lbh baik dr sy...pergilah pd die...sy relakan wk..sbb sy ni bkn baik mne...xsempurna mne pon....selme ni sy lpe..lpe pe tujuan sy di dunia ni...sy mohon wk phm...sy xnk da melalui zmn jahiliah ag.sy pnt...mohon phm ye wk..sy syg sgt kt wk..maap kn sy sbb da sakiti wk...assalamualaikom
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 6 March 2013

lmenye x update blog....

assalamualaikom w.b.t...hallo u allsss...lme aq x update blog ni..wndu seh..heee..mcm2 bnde jd selame aq xupdate blog ni...bnde yg plg hapy of course lh dpt bersame my syg..hee..walaupon slalu gado..biaselh an asam garam dlm sesebuah perhubungan..tp alhamdulillah xkronik ne r...skrg ni cmusuall r aq dlm hypermedia lab berblog...aq bowink...aq da siap..xtau nk wt pe...blog r jwbnye...hee..now lec kua..so free...hee....bwu2 ni aq g telok batik nn mmbe2 aq..best gle...hahaha..nek banana boot leh lms...tkt siak..hee..t pape hal aq cte g r...tkt kantoi lak..xoxo
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 1 March 2013

Hangout To Teluk Batik

Aq & Si Dia telah pergi ke Teluk Batik pada sabtu yang lepas.
Si dia teringin sangat nak ke sana.
So,aq pon bawak la si dia walaupun pada zahirnya kewangan aq tak mencukupi pada masa tu tapi demi si dia aq tetap membawanya ke sana sebab bagi aq tak ada benda yang kita boleh buat tanpa usaha.
Duit bukan segala-galanya bagi aq tapi kasih sayang tu yang pertama sekali bagi aq.
Duit habis kita boleh cari lagi kan tapi kalau si dia da teringin sangat ke sana aq akan tetap juga membawanya walaupun kekurangan duit.
Semua tu aq sanggop korbankan,malah aq sanggop korbankan nyawa aq sendiri untuk si dia jika keadaan memerlukan aq untuk melakukan yang sedemikian.Memang kadang-kadang orang pernah cakap yang aq nie takut awek,asik kena kongkong.
Aq buang jauh-jauh ape yang orang lain katekan tu sebab bagi aq orang tahu nak mengata je,mulut tak reti nak jaga.
Aq paling tak suke orang yang jenis suka bawak mulut nie,kepada sape-sape yang pernah bawak mulut pasal hal aq nie bawak-bawak lah bertaubat.
Tak ada guna amik tahu pasal aq nie sebab akan makan ke diri ko sendiri kan.
Lagi satu,kita kalau nak berkawan nie kena la pandai jaga hati kawan tu kan.
Aq tak tau la kenapa kan,maybe sebab die masih budak-budak lagi kot.Kawan-kawan aq tak ade la yang spesies yang macam nie.
Aish,pelik betol la aq.
Sian dekat si dia kan,di sebab kan sorang sume jadi macam nie,kalau ye pon tak payah nak menyusahkan orang lain kan.
Aish,tak baik betul aq nie kutuk-kutuk orang kan.
Umur aq da nak meningkat dewasa,so aq kena la berubah start dari sekarang.
Lagi 5 tahun je lagi aq boleh masuk merisik si dia..heeee
Tak sabarnya aq nak tunggu saat-saat tu.
So sekarang nie aq kena belajar betol-betol sampai dapat segulung diploma tu & dapatkan kerja yang terbaik & kumpul duit banyak-banyak sebab nak kahwin dengan si dia & aq nak penuhi impian yang si dia impikan selama nie.
Awak tunggu ye sayang,saya akan buat yang terbaik untuk awak.Insyaallah saya akan tanggung awak sikit-sikit bila awak nak sambung degree nanti ye.

Di samping tu aq selitkan gambar-gambar aq dengan si dia masa pergi ke sana.Esok nak pergi sana lagi & si dia cakap nak cakap sesuatu dekat aq..Tak sabar aq nak dengar.hehhee


#1 Picture

 #2nd Picture

 #3 Picture

 #4th Picture

Saya juge selitkan lagu khas untuk awak

Babak Cinta

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini
Engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti
Hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini
Relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya
Babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya
Babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka




Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sumayyah binti Khabath(Wanita pertama syahid)

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.
"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

#baca nie ye sayang..
Your beloved,
   Reza Kechik 
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

My Post

  • ►  2014 (11)
    • ►  March (9)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (70)
    • ►  December (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ▼  March (8)
      • Allahuakhbar!!
      • SY SYG ALLAH SWT
      • wahai kaum hawa...get up girls!!!!
      • Kami kembali bersama
      • its already over
      • lmenye x update blog....
      • Hangout To Teluk Batik
      • Sumayyah binti Khabath(Wanita pertama syahid)
    • ►  February (16)
    • ►  January (25)
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2011 (5)
    • ►  December (5)

Followers

 Silent Reader(s)