-->
skip to main | skip to sidebar

KISAH CINTA RAIQAL

  • Home
  • MACARONS
  • ORDER FORM
  • CONTACT US

My Account

View my complete profile

Rezza Fahmi

Rezza Fahmi
Owner

Amalina

Amalina
Personal Assistant

Wednesday, 26 March 2014

Tinggal Aku Sendiri

Assalamualaikum..

Pada malam yang serba indah ini, walaupun aku tak nampak keindahan itu. Saat kau berada jauh dari sisiku, aku terus hidup terseksa, merana dan berbagai2 perasaan menyulubungi aku ketika ini. Tiada siapa pon yang tahu termasuk kau tentang ape yang telah aku alami pada malam itu dan kau sehingga sekarang terus menerus menyalahkanku sebab mengapa aku menjauhkan diri darimu secara tiba-tiba. Biarlah aku merahsiakan semua ini sampai akhir hayatku. Aku buat ini semua demi kebaikan kita berdua bukan aku lakukan semua nie saja-saja. Tetapi jauh dari sudut hatimu, kau telah cuba membuang diriku jauh dari hatimu. Disaat aku memerlukan seseorang tempat untuk aku mengadu, tiada, kau tiada lagi disisiku?? Aku kene terima semua ini. Kau sering kali menuduh diriku bermain kayu tiga dibelakangmu. tapi apakan daya aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana aku cume seorang insan yang lemah, sekali ku ditolak ku jatuh. Aku sering kali cuba untuk menghiburkan diriku untuk menutup segala kesedihanku ini. Dalam diam aku 'stalker' sume yang berkaitan dengan dirimu seperti fb,wechat. Benda yang paling aku terkejut, kau telah berjumpa dengan kawan lelaki yang lain. Dan korg berdua begitu mesra sangat. pilunya hatiku ini ketika melihat semua itu dengan mataku sendiri tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu hak kau. Lelaki itu sendiri beritahu aku yang kau mengaku kau single sekarang. itu part yang paling aku sedih sekali. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Kadang kala aku lemah tp aku tetap cuba kuatkan diriku ini. Andai satu hari nanti kau tidak memilihku sebagai teman sehidup sematimu, aku redha dengan semua ini. andai ini pengakhiran bagi cerita kita aku terima semua ini. Aku doakan kau bahagia disana dengan teman barumu itu. Berakhirlah sebuah kisah cinta yang begitu menyayat hati. Seorang lelaki terpaksa melepaskan insan yang sangat dicintainya demi melihatnya hidup bahagia. Biarlah aku pergi jauh darimu buat selama-lamanya sebab itu kemahuan kau. Ape yang aku janji hanya "setahun je lagi" sebagai sia-sia sahaja. Tiada guna aku letak harapan yg begitu tinggi padamu jika pengakhirannya sia-sia shje. Tiada lagi bebelan darimu, msg darimu, missed call darimu. tiada lagi semua itu lepas nie. Inilah ganjaran yang aku dapat bile aku mula setia pada seseorang. Tiada apa yang dapat ku perkatakan selain aku masih menyayangimu, merinduimu & mencintaimu. Alhamdulillah. Allah masih menyayangiku. Terima kasih ya Allah. Ya Allah, jagakan dia untuk hambamu yang lemah ini. Aku terima semua yang berlaku ini dengan redha. Hanya satu permintaanku, bawalah aku jauh dari sini kerana aku tidak kuat lagi melihat dia bahagia bersama insan lain. 
Posted by gila No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

My Post

  • ▼  2014 (11)
    • ▼  March (9)
      • Tinggal Aku Sendiri
      • Andai itu takdirnya
      • Takdir
      • Kawan baru
      • Pedihnya hati ini
      • Penghujung cintaku
      • Saat berjauhan denganmu
      • keliru
      • Masih mencintainya...(jiwang gle)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (70)
    • ►  December (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (8)
    • ►  February (16)
    • ►  January (25)
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2011 (5)
    • ►  December (5)

Followers

 Silent Reader(s)